Senja Abdullah, atau Tan Peng Yeo ialah temen terdekat daripada Subuh sejak merkea tinggal di Pulau Tekong yang sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Di bab 8, dia diberi wang seratus dolar oleh Mr. Rodriguez, agar mereka tidak bercerita kepada siapapun tentang rahsia dia dengan Cikgu Roziah. Senja cukup bingung dalam menentukan pilihan apakah Ia akan menerima wang ‘raswah’ tersebut atau menolah wang terebu. Buktinya boleh dilihat daripada dirinya yang pada awalnya berkehendak menolak wang tersebut, namun, setelah mendengar pendapat Salih mengenai wang tersebut, Ia sempat setuju untuk menerima wang tersebut. Pada akhirnya, Ia berketatapan untuk menolah wang tersebut. Hal ini menunjukkan kelemahan pendirian Senja. Dalam usaha meyakinkan Salih untuk menolak wang tersebut, Ia berusaha untuk berlaku bijaksana dengan mengatakan kepadanya mengenai nilai kesabaran. Lebih lanjut lagi, Senja merupakan manusia berjiwa penolong. Selepas pelajaran PE, Ia dan Bujang membantu meletakkan perkakas-perkakas PE ke dalam bakul yang besar untuk disimpan. Aspek yang paling menonjol daripada Senja ialah Ia sangat mengambil kasih kepada sahabatnya, Subuh, bahkan, seolah-olah Subuh ‘tinggal’ dalam diri Senja.
Seperti Senja, Bujang juga merupakan salah satu sahabat dekat Subuh. Di bab 8, Ia sudah menyatakan penolakannya terhadap wang raswah Mr. Rodriguez sejak awal mula bab 8. Hal tersebut dikarenakan mereka sudah memutuskan untuk tidak memberi tahu nombor kereta Mr.Rodriguez sebelum mereka ditwari wang raswah. Jadi, wang raswah tersebut tidak akan mempengaruhi pendirian mereka. Setelah itu terjadi pertengkaran antara Senja dan Salih. Bujang hanya terdiam sambil sekali-sekali menengahi. Bujang juga merupakan budak yang sensitif terhadap perasaan orang lain. Hal ini boleh dibuktikan daripada komentarnya mengenai sikap Salih yang lain sedikit pada hari tersebut. Terakhir, Ia pendendam. Hal ini boleh kita pahami daripada perkataan Mr. Rodriguez yang berkata kepada Cikgu Roziah bahawa Bujang dendam kepadanya selepas dipecat daripada NPCC.
Tidak seperti temen-temen Subuh yang lain, Salih bukan berasal daripada pulau Tekong. Oleh kerana itu, Ibu dan Bapanya tidak setuju Ia berkawan rapat dengan anak-anak pulau kerana mereka dianggap nakal oleh Bapa dan Ibunya. Pada halaman 110, Senja dan Bujang berbual mengenai ketidaksukaan Bapa dan Ibu Salih terhadap mereka anak-anak pulau. Sejak awal, Ia sudah menyetujui bahawa wang raswah tersebut sudah layaknya mereka terima untuk dipergunakan kepada persatuan bahasa Melayu ataupun sesiapa pelajar kolej Elit yang membutuhkan wang. Namun pendapatnya itu tidak disetujui kedua temannya, sehingga Ia harus mengalah. Hal ini menunjukkan sikap Salih yang siap menerima keputusan sebuah mesyuarat. Ia berlaku adil dengan tidak memaksakan kehendaknya. Sebagaimanapun juga, Ia mempunyai sisi dalam dirinya yang penakut. Pada halaman 109, dia menyebutkan ketakutannya untuk disebat di depan pentas.
Mr.Rodriguez, dan Cikgu Roziah, mempunyai rahasia bersama. Mereka licik. Mereka tidak nak serahkan diri kepada polisi tetapi malah meninggalkan korban, Subuh dan menyogok teman-temannya. Hal ini menunjukkan watak mereka yang curang sangat dan tidak perasa terhadap lingkungan sekitar. Pada akhir bab 8, terdapat perbualan antara Mr. Rodriguez dan Cikgu Roziah yang sangat mesra, walaupun mereka sudah sama-sama menikah dengan orang lain.
Karakter terakhir, Mr.Husin, merupakan guru PE Subuh, Senja, Bujang dan Salih, yang juga merupakan suami sah Cikgu Roziah. Senja pun merasa kasihan padanya kerana Ia sering ditipu pelajar-pelajar, dan juga istrinya. Walaupun begitu, Ia merupakan guru yang jujur dan berpegang teguh kepada perkataannya, pekerjaannya dan temannya. Hal ini boleh dibuktikan semasa dia memakai kemeja-T bertuliskan ‘Be true to your words, your works, and your friends’
Tuesday, September 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment