Sinopsis:
Pada zaman dahulu kala, terdapat suatu kerajaan, di tanah Melayu. Suatu ketika, kerajaan yang damai tersebut didatangi oleh seorang Encik Juragan. Encik Juragan menantang raja: 'apabila kerajaan tersebut dapat bedakan itik jantan dan itik betina, maka Ia menyerahkan kapalnya. Tetapi, apabila kerajaan tersebut tak berhasil, seluruh kerajaan tersebut akan diserahkan kepadanya. Raja pun menerima tantangan ter4sebut dan memberikan tanggung jawab untuk membedakan jenis kelamin itik kepada Pak Belalamng. Pak BElalang puin lelah otaknya berpikir selama dua hari. Tetapi, pada malam yang kedua, dia pun menyerahkan dirinya kepada Tuhan agar kiranya diberikan bimbingan. Dia pun memutuskan berkayuh di laut. Semasa dia berkayuh, dia mendengar rahsia Encik Juragan untuk bedakan itik jantan dan itik betina. Dia pun kembali ceria.
Esok harinyapun, dia boleh buktikan bahawa Ia boleh bedakan itik betina dan itik jantan. Itik jantan selalu masuk ke air lebih lambat daripada itik Betina. Encik Juragan pun terpaksa menyerahkan ketiga kapalnya kepada kerajaan.
Tema: Memberikan rahsia kepada orang lain boleh bawa petaka dan Penyerahan diri kepada Tuhan di masa yang susah ialah upaya yang terbaik
Persoalan
(i) Tantangan yang Encik Juragan tawarkan kepada raja mengkhwatirkan raja kerana menentukan nasib kerajaan itu.
(ii) Pergumulan batin Pak BElalang yang hatinya resah kerana diberi tanggung jawab oleh raja agar boleh bedakan itik jantan dan itik betina.
(iii) Penyerahan diri Pak Belalang terhadap Allah.
(iv) Pak Belalang menemukan cara agar membedakan jenis kelamis itik selepas mendengar perbualan Encik Juragan dengan isterinya.
(v)Pak Belalang yang boleh buktikan bahawa negara mereka selamat dari tantangan Encik Juragan, menyebabkan kerajaan untung kerana mendapatkan tambahan armada kapal beserta isinya.
Latar
Tempat: Latar tempat daripada prosa ini ialah:
a) daerah kerajaan, yang boleh kita pahami daripada kehadiran seorang raja dan terjadinya percakapan antara raja dan Encik Juragan.
b) rumah Pak Belalang, yang boleh kita pahami daripada percakapan antara Biduanda dan PAk Belalang yang sedang menggambarkan suasana dimana Pak Belalang nak merojak sirih.
c) lautan:
(i) semasa Pak Belalang mendengar pembicaraan anatara Encik JUragan dengan isterinya
(ii) Semasa Pak BElalang memberikan bukti bahawa ia sanggup membedakan itik jantan dan itik betina.
Latar Masa:
a) Zaman dahulu, semasa bentuk pemerintahan masih kerajaan dan tradisi dipegang teguh
b) siang hari, semasa Pak Belalang membuktikan bahawa Ia boleh bedakan itik jantan dan itik betina
c)malam hari, semasa Pak Belang tidak sengaja mendengar bualan antara Encik Juragan dan isterinya.
Latar Masyarakat:
a)Masyarakat kerajaan yang terdiri daripada menteri, hulubalang, sidasida,bentara, hina-dina dan juga kaum rakyat jelata. Masyarakat pada masa tersebut sangatlah gemar bertaruh dan menyaksikan temasya
b)Masyarakat yang taat kepada TuhanKetika Manusia menghadapi kebimbangan dalam hidup, patutlah ia berpaling kepada Tuhan bagai Pak Belalang.c)Masyarakat yang berdukaEncik Juragan harus menghadapi kenyataan bahawa ketiga kapalnya harus diserahkan kepada kerajaan.
Gaya Bahasa
a) Cerpen ini menggunakan gaya bercerita
Setelah ahli nujum Belalang menengarkan titah Baginda, Iapun termenung seketika serta menyerahkan dirinya kepada Tuhan
b) Gaya bahasa dialog
Sembah Pak Belalang, "Yang lambat menyelam itu jantan Tuanku"
c) Penggunaan ayat pendek
Maka titah Baginda, "Lepaskanlah"
d)Penggunaan simileserasa mati hidup kembali
e) Repitisi
Maka titah Baginda menyuruh diambilkan suatu terenang emas. Maka dibawa oleh dayang-dayang, dipersembahkan kepada Baginda." Maka titah Baginda.
f) Penggunaan kata-kata berbau agama Islam
Ya allah
Pengajaran
a) Janganlah membicarakan rahsia kepada orang lain, kerana dapat akibatkan petaka.
Contoh: rahsia yang dia bicarakan Encik Juragan terdengar oleh Encik Juragan, menyebabkan Ia menyerahkan kapalnya.
b)Berserah diri kepada Tuhan
Contoh: Setelah Pak Belalang berserah diri kepadaNya, Iapun diberi petunjuk olehNya.
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment