Saturday, March 7, 2009

Analisis prosa: Anak Bumi tercinta karya Fatimah Busu

Analisis saya akan dibagi menjadi:

1) Sinopsis

2)Latar:
-Masa
-Tempat
-Masyarakat

3) Struktur prosa

4)Persoalan

5)Perwatakan
-Matain
-Emak cik Esah
-Kak Janah

6)Plot +teknik plot

7)Gaya Bahasa

8)Tema

9)Pengajaran

--------------------------
Titel: Anak Bumi Tercinta karya Fatimah Busu

1) Sinopsis

Prosa ini berawal dengan diperkenalkannya Matain, seorang budak lelaki yang masih muda. Ia mempunyai seorang Bonda yang yang kerap dipanggil Emak Cik Esah.
Tatkala Emak nak jenguk anak-anak terungnya, Matain tiba toba nampak dalam keadaan telanjang bogel. Ternyata Ia harapkan ikut bersama mak jenguk anak anak terung. Melihat keadaan mAtain yang tak elok, Emakpun penyuruhnya memaki seluar. Sayang, Matain yang bodoh malah menggunakan seluarnya di kepala.
Semasa Ia bantu mak, datanglah Sitiawa, saudara perempuannya yang gemar merayaunya. Pada akhirnya, mereka bertengkar. Kerana kemarahannya yang sudah sudah berpunca, dia balingkan seketul tanah keras ke muka Sitiawa. "Plakkk!" Matain langsung ditampar Emak.

Maka larilah Ia ke kebun, terkenang ketika bapa pulang kerja membawa sekotak anak-anak terung. Emakpun menyemaikan biji dalam kerek. Tak lupa, Matain membantu mengangkut, mmengambil air, dan menyiram tanaman-tanaman tersebut. Tentu saja, Ia senang bukan kepalang! Apalagi, tanamannjya tumbuh lebih tinggi daripada punya Sitiawa. Tetapi, kerana pertumbuhannya begitu cepat, peneduh yang dibuat emak sudahtak cukup tinggi. Emakpun berjanji menggantikannya, tetapi hingga masa kini pun Emak tak menggantinya.

Tiba-tiba Ia sedar akan lamunannya, dan segera kembali kepada realitas masa kini. Pada saat yang bersamaan, Kak Jarah mengajaknya mnandi dan jatuh iba pada tain yang terdiam. Iapun membela Matain. Ketika kak Jarah nak ajarkan Matain ABC, matain malah berlari kekebun dan berusaha mengambil air dari timba upih. Kerana kebodohannya, Ia malah jatuh ke timba.

Di tempat yang lain, Emak mendengar suara benda tercebur. Emak kira, timba yang jatuh. Kak jarah dan Emak tak sedarkan bahawa Mataion yang jatuh. Setelah benda diangkat. ternyata benda tersebut ialah mayat Matain! Masyarakat sekitar yang membantu langusung menangis. Pada akhirnya, ketika Ayah dan Abang Jali kembali dari kerja, mereka disambut dengan semerbak bau kemenyan.

kata-kata yang saya miringkan ialah imbas balik/masa lalu

2) Latar:

a) Masa: Siang hari----> Semasa Mataian nak bantukan Emak menanam, menjenguk, dan merawat anak-anak terung.
Bukti: "Tain! Kamu mahu kepala kamu pecahkah duduk tengah panas begitu" teriak Emak
Kalimat tersebut menunjukan keadaan suatu hari yang sangatklah panas, dan siang berkaitan erat dengan siang hari.

b) Tempat: Perkampungan ----> Saya boleh simpulkan keadaan Matain tinggal ialah perkampungan kerana:
1) penggunaan bahasa bukanlah melayu satera mahupun melayu biasa, melainkan bahasa melayu yang digunakan di kampung-kampung.
2) suasana perkebunan, dimana masyarakat boleh punya lahan yang luas uintuk menanam.
3) suasana sederhana, dimana masyarakat setempat belum mengenal adanya modenitas: masih menimba air, mandi di telaga dan lain lain.

c) Masyarakat:
1) Perkampungan ----> masyarakat di prosa ini berlatarkan golongan bawah, yaitu masyarakat miskin. Walau begitu, mereka tetap membina semangat gotong-royong yang boleh kita buktikan daripada bantuan yang diberikan masyarakat sekitar semasa Matain meninggal.
2) Aspek ugama ----> Ugama yang dianut daripada masyarakat tersebut ialah ugama Islam, yang dapat kita buktikan dari:
-Nama yang diberikan kepada saudara Matain, Sitiawa ialah nama Islam (nama istri Nabi Muhammad saw), turut pula Daud a.s(salah satu daripada nabi yang diberikan kitap oleh Tuhan)
- Mayoritas masyarakat melayu ialah pemeluk ugama Islam.
- Penyebutan kata 'Lailahailallah' yang berarti 'ya Tuhan' (konteks: terkejut)

3) Struktur prosa

Prosa ini terdiri daripada seratus tujuh puluh empat rangkap dan tentu sahaja tak terikat dengan rima, baik rima amal mahupun rima akhir.


4) Persoalan:

a) anak yang bodoh
Matain kerap kali melakukan hal-hal yang bodoh sehingga acap kali diberi amaran oleh Emak. Pada akhirnyapun, Matain mati kerana kebodohannya.
bukti: "kamu selalu ejek Tain, kakak tahu, Kan Tain itu bodoh", kata kak Janah.

b) Perbalahan antar saudara-mara
Matain dan Sitiawa kerap bertengkar kerana persoalan yang tidak penting.
Bukti: Saat Matain iri akan Sitiawa yang boleh makan gulai ikan keli, mereka pun 'bergulat' dan bibir Sitiawa pun terluka.

c) Semangat Matain merawat anak-anak terung
Sejak sediakala, Matainlah yang selalu genbira semasa menanam. Dimulai dari menetapkan batasan lahan, membuat peneduh bagi tumbuhannnya, menyemaikan biji, menyiramni dan menjenguk anak-anak terung. Tak lupa, ia juga bangga kerana tanamannya lebih cepat tumbuh daripada punya Sitiawa

d) kematian daripada Matain yang tidak diduga.
Kak Jarah dan Emak sangatlah terkejut semasa mayat di timba mereka ternyata mayat Matain. Namun kematian tak boleh diduga kapan datangnya.

5)Perwatakan

1.Matain: (watak utama-bundar)
a) Matain anak yang bodoh. Kebodohannya menyebabkan kematiannya.
b) Matai n anak yuang mudah meradang. Ketika Sitiawa mengejeknya, dia memberikan baham terhadap Sitiawa
c) Matain gemar berbalas dendam, Ia hampir sahaja melanyakkan anak terung Sitiawa.
d) Matain anak yang rajin. Ia selalu bersedia merawat tanamannya.
e) Matain lebih sayanag terhadap kak Jarah daripada Sitiawa kerana kak Janah perhatian kepadanya, tidak seperti Sitiawa yang selalu merayaunya.
f) Matain anak yang iri hati setiap kali Sitiawa. Setiap kali Sitiawa mempunya sesuatu barang yang baharu, Matain selalu berniat menguasai barang tersebut
g) Matain anak yang kasar. "Awa Babi. Awa Beruk" adalah bukti bahawa kekasaran Matain tak wajar dilakukan anak kecil.

2. Mak Cik Esah (watak sampingan-pipih)
a) Mak Cik Esah ialah tipikal wanita melayu yang tinggal di kampung kampung. Ia tak berkerja dan kerap kali menjaga anaknya di rumah.
b) Mak Cik Esah berlaku adil kepada kedua anaknya
c) Mak Cik Esah sedih semasa anaknya meninggal. Ini membuktikkan bahawa Mak Cik Esah pada dasarnya mempunyai kasih sayang kepada anaknya.
d) Mak Cik Esah gemar keberkebun

3. Kak Jarah (watak sampingan-pipih)
a) Kak Jarah berusia lebih tua dari Sitiawa dan Matain, kerana Ia selalu dipanggil kak, dan sikapnya yanjg bijak
b) Kak Jarah jatuh iba kepada Matain
c) Kak Jarah sedia mengajar Matain
d) Kak Jarah sedang menempuh sekolah

6)Plot

Plot daripada prosa ini ialah: Tidak kronologis, kerana ada kalanya Matain mengenang masa lalunya (imbas balik)

a) Pengenalan: Cerpen ini dibuka dengan adegan Matain yang diajak Emalk menjenguk anak-anak terung + Sitiawa dan Matain bertengkar.

b) Pertengahan: Imbas kembali (kenangan matain akan hari pertama Bapa pulang membawa sekotak biji anak-anak terung) + hilangnya Matain

c)Pengakhiran: kematian Matain + bantuan dari masyarakat kampung.

Terdapat juga konflik: 1) antara Sitiawa dengan Matain
2) antara Sitiawa dengan kak Jarah
yang dua-duanya berupa konflik luaran.

7) Gaya Bahasa

Menurut saya, diksi (pemilihan kata) yang digunakn penulis sangat cocok, kerana kaitannya erat dengan perbualan di perkampungan.

Unsur-unsur:

a) Bahasa dialog. Contohnya: "Mak nak kemana?"
b) Ayat pendek. Contohnya: Oiiiii!
c) Simile: "Nak pacat seluar bukan susah macam nak tembak gajah"
di ayat tersebut. mak membandingkan pekerjaan mengambil pacat tak sesusah menembak gajah."
d) Personifikasi: pohon senduduk bergoyang-goyang. Bergoyang adalah predikat untuk manusia.
e) Repitisi. Kata-kata yang kerap diulang ialah padan muka, dan anak-anak terung.
f) Kata informal: "Wuuuu Laaaa"
g) Hiperbola: "Tain kamu mahu kepalamu pecahkah duduk tengah panas begitu?" saya boleh sedar bahawa kepala tak mungkin pecah, sepanas apapun. Jadi, Emak bermaksud menggunakan kata kiasa yang melebih-lebihkan arti aslinya.
h) Ayat tanya: Kenapa tak pakai?
i) Sinkope: mak yang merupakan singkatan dari Emak dan tak yang merupakan singkatan dari tidak dan Tain yang merupakan singkatan dari Matain

8)Tema:

Kehidupan perkampungan dan realitas yang mereka hadapi dalam suasana gembira mahupun duka, mereka selalu saling membantu

9)Pengajaran:

a) Tak patutlah kita hinakan orang lain kerana akibat daripadanya boleh sebabkan kemarahan mahupun dendam.
b) "Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga". Peribahasa ini bermakna apabila ilmu kita sedikit, janganlah kita cuba berbuat sesuatu yang besar tanpa tahu akibatnya
c) ikatan kekeluargaan itu penting


No comments:

Post a Comment