Babak I: Pada mulanya, Pak Kamis dan Ahmad sedang berbual. Ahmad mengutarakan keinginannya nak berhenti sekoah demi bekerja. Pak Kamis mulanya tak setuju, tetapi Ia sadar, Ia tak boleh lagi bekerja kerana Ia sakit. Midah yang kebetulan ada disitu turut diceramahi Pak Kamis. PAda saat yang bersamaan, Murad hendak memasuki bilik tersebut. Tetapi, ketika mendengar Midah diceramahi Ia bersiap kabur. Ahmad yang matanya jeli menghentikan langkah Murad yang hendak kabur. Dari situlah, Murad mengetahui bahawa Kakaknya bersedia mengorbankan sekolahnya demi membiayai keluarganya.
Babak II: Murad pun membuat suatu rancangan bersama kawan-kawannya, Hassan dan Nazim. Mereka merencanakan untuk menyelamatkan anak Jutawan yang disekap, kerana bilamana mereka berhasil, mereka boleh peroleh wang banyak. Terdengar khabar bahawa dia disekap di gua dekat perkemahan mereka.
Babak III:
Murad dan kawan-kawannya bersiap-siap di perkemahan dengan memakai baju seperti pengakap. Tetapi mereka memutuskan untuk melaksanakan rencana mereka di keesokan harinya sahaja.
Babak IV:
keesokan harinya, Nazim, Hassan dan Murad sedang berada hutan belantara. Mereka sudah mencapai kaki gunung ketika mereka melihat sebuah gua. Mereka pun mengesyaki bahawa gua tersebut merupakan gua tempat para penjahat bermukim.Mereka pun berhati-hati berbual dekat gua. Sayangnya, Penjahat tersbut dapat mendengar dan menangkap mereka. Mereka mulanya berdalih dahulu, sebelum akhirnya Murad berhasil kabur dari sergapan mereka.
Babak V
Murad berlari hingga akhirnya Ia sampai ke rumahnya. Ia merencanakan pembebasan kawan-kawannya dan anak sang jutawan bersama Ahmad dan Ayahnya. Mereka memutuskan untuk tak memanggil polisi, dan memutuskan berjuang berdua (Ahmad dan Murad)
Babak VI
Murad dan Ahmad pun mncuba menyelamatkan para sandera, mereka menuju gua dan mendapati bahawa para penjahat sedang berbual dengan para sandera. Murad yang cerdik, segera mengambil kesempatan ini untuk membeaskan mereka. Mereka pun akhirnya terbebas.
Babak VII
Murad, Ahmad, Nazim, Hassan dan anak sang jutawan pun bersembunyi tak jauh daripada tempat pertemuan sang jutawan tersebut. Mereka melihat sang jutawan yang mendekat. Sang Jutawan pun menanyakan lokasi anaknya, tetapi para penjahat menginginkan uang mereka dahulu. Sang jutawan pun menyerahkan uangnya, ternyata, Ia bukanlah sang jutawan melainkan polis! Betapa kagetnya para penjahat semasa mereka mengetahui hal tersebut. Bagaimana mereka tahu tempat persembunyian para penjahat? Tentu saja kerana Murad yang memberitahu polis!
Tema daripada drama ini ialah keeratan suatu keluarga, yang siap sedia berkorban dan berjuang demi keberuntungan bersama.
Persoalan
a) Pengorbanan Ahmad
Kerana Pak Kamis tidak boleh bekerja, Ahmad bersedia meninggalkan sekolahnya untuk membiayai sekolah dan kebutuhan keluarganya
b)Penculikan Anak Sang Jutawan
Jutawan ialah kaum orang yang mempunyai uang banyak. Para penculik memanfaatkan kesempatan tersebut untuk menculik anaknya, sehingga dapat memperoleh uang yang banyak sebagai tebusannya.
Tokoh dan Perwatakam
(b)Murad ialah anak yang cerdik, terbukti dari keberhasilannya membebaskan kawan-kawannya dan anak sang jutawan daripada penculik
(c) Murad kasihan terhadap abangnya yang terpaksa meninggalkan sekolah demi mendapatkan wang.
(d) Murad gemar membuat rencana yang matang
(e) Murad anak yang tangkas, terbukti daripada keberhasilannya kabur dari para penculik seorang diri.
Ahmad
(a) Ahmad ialah seorang anak yang bersedia berkorban banyak demi keluarganya
(b) Ahmad sayangkan pada Murad, terbukti daripada keikutsertaanya terhadap rencana Murad
(c) Ahmad ialah anak yang berhati-hati. Dia tidak ingin bergegabah walaupun telah kabur daripada para penculik. Dia tetap mengawal Murad dan kawan-kawannya dengan hati-hati.
Pak Kamis
(a) Pak Kamis terkena sakit sehingga tidak boleh bekerja
(b) Pak Kamis tidak rela anaknya bekerja
(c)Pak Kamis ialah bapa yang penuh kasih sayang terhadap anak-anaknya.
Latar
Masa: Masa yang terdapat di drama ini ialah pada malam hari, dan siang hari.
Malam hari: Ketika para penculik sedang menyekap anak sang Jutawan dan Murad beserta kawan-kawannya hendak menyelamatkannya. Siang Hari: Semasa Ahmad mengumumkan bahawa Ia memutuskan nak kerja di Kilang.
Tempat: Di rumah Keluarganya Pak Kamis, di gua para penculik, Di kedai tempat Murad kawan-kawannya berbual.
Masyarakat: Masyarakat yang terdapat di drama ini ialah masyarakat yang membutuhkan wang. Sebelumnya, keluarga Pak Kamis dapat membiayai hidup mereka, tetapi setelah Pak Kamis jatuh sakit, Ia tak boleh lagi bekerja, sehingga wang mereka habis.
Gaya Bahasa
Sinkope: Penggunaan kata tak yang merupakan penyingkatan daripada kata tidak.
Penggunaan ayat pendek: "begitulah nampaknya, ayah."
Simile: Penggunaan kata macam. "Macam diburu hantu siang saja"
Peribahasa: Sambil menyelam, kita minum air.
Pengajaran
a) Jadilah orang yang berani, kerana keberanian membuahkan hal-hal yang berguna
b)Jangan menyerah terhadap nasib yang malang nestapa
c) Pengorbanan itu penting terutama untuk orang-otang yang kita cintai