Monday, February 23, 2009

(analisis sastera) Usia oleh Siti Zainon Ismail

USIA

Telah kususun letakmu (8 suku kata, 3 patah kata)


di sisian tenang (3 kata 6 suku kata)


ruang kukecilkan lagi (8 suku kata 3 kata)


dengan keinginan sederhana (10 suku kata 3 kata)


kulepaskan kupu-kupu semalam (13 suku kata 3 kata)


melalui jendela (7 suku kata 2 kata)


diiringi segaris cahaya pagi (11 suku kata 4 kata)


selamatlah datangmu (7 suku kata 3 kata)



makna dari rangkap pertama yang boleh didapati dalam sajak ini berkaiotamn dengan harapan terbukti dengan dilepasnya kupu-kupu. Melepaskan sebuah kupu bermakna dia sedang memupuk sebuah harapan. Dengan penggambaran kata cahaya, semakin jelasklah bahawa maksud penulis berkaitan dengan harpan terhadap Tuhan Yang Maha Esa

BENTUK:

rangkap ini tak terikat dengan rima apapun baik itu rima awal mahupun rima akhir.


rangkap ini terdiri dari 8 baris dengan panjang yang tak sama. (okta)

unsur bahasanya ialah metafora kerana ada beberapa kata yang satu abstrak dan pasangannya ialah benda pasti

kedua, unsur perlambangan juga sangat kentara kerana maksud dari sajak ini tak langsung melainkan hampir semua kata mempunyai makna lain


unsur bunyi asonansi di baris ke1 dan ke5 kentara dengan pengulangan huruf 'u'

rangkap II

Atas kecintaan diri (8 suku kata 3 kata)


hidup didewasakan (( 7 suku kata 2 kata)


menjadi kristal padu (7 suku kata 3 kata)


memancarkan cahaya berpenjuru (11 suku kata 3 kata)


seharusnya kita berhati-hati ( 11 suku kata 3)


memantulkan kembali (7 suku kata 2 kata)


ke hala yang satu


Maksud dari rangkap ini ialah


Dengan cinta kepada diri sendiri, kita akan menjadi lebih dewasa dalam menyikapi kehidupan sehingga hiup kita menjadi lebih utuh (disimbolkan dengan kristal yang menjadi padu) dan dari kehidupan kita yang sudah lebih utuh tersebut kita memancarkan kekuatan ataupun keunikan kita yang membuat kita lebih diperhatikan (disimbolkan dengan 'memancarkan cahaya berpenjuru), namun kita patut berhati-hati dengan kekuatan kita tersebut), kerana semua berbalik ke satu yaitu Tuhan.

Bentuk:

rangkap ini terdiri dari 7 baris dan di setiap barisnya tak tentu jumlah katanya. (septain)


rangkap ini juga tak terikat rima apapun. baik rima awal mahupun rima akhir


unsur bahasanya ialah metafora, dimana satu kata ialah benda tak pasti dan satunya benda pasti.

unsur repitisi dimana kata hati diulang dua kali





Tanpa keizinan-Mu


pagi tidak lagi berbau tanah


atau tiba-tiba

lorong kecilku

menjadi ungu


Maksud daripada sajak ini ialah

Dirangkap ke-3, penulis menyatakan keberserah diriannya kepada Tuhan, kerana tanpaNya kita tak boleh menikmati hidup sedemikian dengan apa yang kita alami sekaranhg/ Terlebih loagi, mengenai kematian kerna kematian dan kehidupan, semua bergantung kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Bentuk:

Rangkap ini tak terikat rima apapapun baik rima awal mahupun rima akhir.
rangkap ini terdiri dari 5 baris sehingga boleh dikategorikan sebagai rangkap Quint.

Tak unsuru bahasa yang menonjol di rangkap ini.

--------------


Tema daripada sajak ini ialah kepatuhan dan keberserah dirian seorang manusi terhadap Tuhan yang maha esa. Dia percaya denganNya, kita boleh menjalani kehiodupan yang lebih baik, termasuk salh satunya duiberi harapan ketika menghadapi kesusahan.

Latar

1) pagi hari: tergambar pada rangkap pertama dengan penggunaan kata 'cahaya pagi'

Nilai

1) Percaya akan Tuhan

2) Tuhan selalu meberikan sebuah jalan kepada umatNya

3) Kita patut untuk menjalani hhidup ini dengan lebih dewasa

Persoalan:

a) harapan penulis terhadap Tuhan
b) mendewasakan diri
c)semua tergantung Tuhan

2 comments: