Tema
Tema daripada sajak ini ialah persoalan pahit bapa yang gemar diceritakan kepada anaknya, dan juga hubungan merka yang cukup rapat
Latar
Latar daripada sajak ini ialah
1) malam hari, pada saat bapa tertidur
2) Beberapa saat sebelum bapa tertidur, yaitu saat Ia sedang menceritakan tentang kehidupannya kepada anaknya
Persoalan:
1) bapa gemar bercerita tentang pengalaman getirnya di masa lalu.
2) bapa berharap agar kiranya anak-anaknya tak mengalami hal yang sama dengan dirinya
3) kemiskinan yang mendera sebuah keluarga
Nilai:
a) kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya
b) bapa yang ingin memastikan anakmnya sukses di kelakl hari
c) kesediaan sang anak untuk menerima apa adanya
Nada yang dikemukakan sang penulis ialah nada melankolik kerana timbul rasa sedih saat membaca sajak ini.
Bentuk sajak ini secara keseluruhan:
1) Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap dan jumlah bilangan kata pada tiap-tiap barisnya berbeda, terkecuali dio rangkap ke-5, jumlah katanya sama di baris ke-1 mahupun baris ke-2.
2) Puisi ini tak terikat dengan norma puisi kuno kerana tak menggunakan sajak.
3)Penyajak menggunakan ayat ayat pendek agar menarik perhatian pembaca.
4)Diksi yang digunakan penuh dengan konotasi sehingga perlu beberapa kali percubaan nak fahami sajak ini.
BENTUK RANGKAP I
Ketika kami bercerita tentangnya (4 kata/12 suku kata)
bapa sedang tidur(3 kata/6suku kata)
aku cukup kenal (3 kata.6 suku kjata)
pada lelap matanya (3 kata/7 suku kata)
tikar mengkuang lusuh itu (4 kata/9 suku kata)
barangkali, tambah melenakan bapa (4 kata/7 suku kata)
Rangkap ini ialah sekstet kerana terdiri dari 6 baris dalam satu rangkap.
Rangkap ini juga tak terikat kepada rima apapun baik rima awal mahupun rima akhir.
Unsur bunyi
Asonansi
-asonansi bunyi 'a' pada baris ke-4
-asonansi bunyi a pada baris ke-6
Makna
Rangkap ini adaah introduksi atau awalan untuk mengawali sajak ini kepada suatu pokok persoalan. Tetapi kita boleh melihat bahawa hubungan ayah dan sang anak mesra. Terlebih, suasana yang diogambarkan dengan penggambaran tikar lusuh menunjukkan bahawa keluarga ini erat dengan kemiskinan.
Gaya Bahasa
Personifikasi
Pada baris ke-5 dan ke-6, perkataan 'tikar mengkuas lusuh itu barangkali melenakan bapa'
kata tikar seolah melakukan aktivitas manusia (melenakan)
BENTUK RANGKAP II
tadi (1 kata/ 2 suku kata)
lama sekali bapa menemani kami (5 kata 13 suku kata)
mengisi malam-malam seperti selalunya (5 kata/14 suku kata)
duduk mengelilingi pelita minyak tanah (5 kata/ 12 suku kata)
yang kecil itu (3 kata/ 5 suku kata)
semacam pahit dan getir pengalamannya (5 kata 13 suku kata)
begitu akrab pula (3 kata 7 suku kata)
dengan kami semua (3 kata/ 6 suku kata)
Rangkap ini ilah jenis rangkap okta kerana terdiri dari 8 baris
Rangkap ini tak menggunakan rima baik rima awal mahuopun rima akhir.
Unsur bahasa
unsur simile terkandung di baris ke-6 kerana menggunakan kata semacam yang bersifat membandingkan.
Makna rangkap 2
Makna rangkap ke dua sudah mulai memasuki inti persolan, yaitu dimana sang Ayah berbagi tentang kehidupannya yang kelam. Disini penyajak menggambarkan dirinya yang kurang dalam hal jharta kerana keluiaraganya masih menggunakan pelita minyak tanah (lampu minyak). Walaupun begitu, sang bapa masih boleh berkomunikasi dengan anaknya.
BENTUK RANGKAP III
Tidak pernah kami menyoal ( 4 kata / 9 suku kata)
mengapa demikian ( 2 kata/ 7 suku kata)
laut sejarahnya ( 2 kata/ 6 suku kata)
kerana( 1 kata/ 2 suku kata)
seperti juga di hutan kehidupan ini ( 6 kata/ 14 suku kata)
kami sedia memaklumi ( 3 kata/9 suku kata)
akan ketentuan (2 kata/6 suku kata)
yang harus digenggam ( 3 kata/6 suku kata)
a) Rangkap ini termasuk rangkap okta kerana terdiri dari 8 baris
b) Rangkap ini tak terikat rima apapun baik rima awal mahupun rima akhir
Gaya bahasa
Unsur metafora terkandung di baris ke-5, tepatnya di perjkataan 'hutan kehidupan'. Hutan ialah benda yang konkrit, sedangkan kehidupan ialah benda abstrak.
Unsur simile terkandung di baris ke-5, yang dapat kita lihat dari penggunaan kata seperti. Seperti ialah kata untuk membandingkan benda-benda.
Unsur perlambangan terkandung di baris ke-5. Perkkataan Hutan kehidpuan bermakna percampuran berbagai kehidupan atau dalm bahasa inggris, diversity.
Makna Rangkap III
Rangkap ini membahas tentang seorang anak yang sanggup menerima keadaan sang bapa (lebih tepat ke keluarga) apa adanya. Tak pernah sekalipun sang anak bertanya, gerangan apa yang mendera keluarga mereka sehingg mereka miskin. Ini menunjukan kesediaan seorang anak dengan keadaan mereka yang akur dengan kemiskinan.
BENTUK RANGKAP IV
Asap pelita berkepul (3 kata/8 suku kata)
sesekali meliuk digerak angin (4kata/12 suku kata)
ketika kami bercerita(3kata/9suku kata)
tentang bapa(2kata/4 suku kata)
aku cukup faham(3kata/6suku kata)
pada sebuah doa yang selalu disebutnya(6kata/15suku kata)
Rangkap ini ialah jenis rangkap sekstet kerana terdiri dari 6 baris.
Rangkap ini tak terikat dengan rima apapun baik rima awal mahupun rima akhir.
Gaya bahasa
Unsur personifikasi terkandung di baris kedua dimana Asap meliuk. Kata meliuk biasa dialakukan oleh manusia. Kata meliuk berarti melakukan gerakan mirip menari
Makna
Rangkap ini tak begitu kentara maknanya kerana rangkap[ ini bermaksud untuk mengajak pembaca memperhatikan rangkap yang terkahir lebih dalam. Hanya ditulis bahawa bapa nak selalu berdoa untuk anaknya.
BENTUK RANGKAP V
semoga ombak masa laluku (4 kata/ 10 suku kata)
bukan gelombang masa depanmu (4 kata/10 suku kata)
Rangkap ini terdiri 2 baris sehingga dapat dikategorikan sebagai rangkap distikon.
Rangkap ini tak terikat rima apauun, tetapi bilangan kata dan jumlah suku kata pada rangkap ini sama.
Gaya Bahasa
unsur perlambangan terkandung dengan adanya kata ombak dan gelombang. Di dalam pengertian rangkap ini, ombak dan gelombangberarti cabaran hidup.
Makna
Makna daripada ini ialah pesan bapa terhadap sang anak untuk memotivasinya agar tak bernasib seperti sang bapa di kelak hari. Ia berharap bahawa sang anak tak hidup dalam keadaan melarat.